fb fb fb fb fb

356 laluan bas akan dinaik taraf- Anthony Loke

(FOTO HIASAN / BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Sebanyak 356 laluan bas akan dinaik taraf kepada hentian bas berbumbung dengan rekaannya akan turut diseragamkan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan, manakala bagi pembinaan laluan pejalan kaki pula, 36 lokasi telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

"Kerajaan juga sedang meneliti keperluan untuk penyediaan 'park & ride' di kawasan persempadanan Kuala Lumpur – Selangor sebagai salah satu usaha untuk pelaksanaan koridor bas henti-henti di Pusat Bandar Kuala Lumpur bagi menghadkan kemasukan kenderaan persendirian ke Pusat Bandar.

"Kerajaan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan meneliti tindakan untuk membangunkan aplikasi Mobility as a Service (MaaS) yang akan mdenjadi aplikasi tunggal untuk semua mode pengangkutan awam,"katanya.

Loke berkata perkara tersebut dipersetujui hasil mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Insiatif tersebut turut mendapat kerjasama Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, DBKL serta Prasarana.


(Anthony Loke / BERNAMA)

Media Baharu