PUTRAJAYA, 12 Oktober- Demi keamanan dan pembebasan Palestin, Masjid Putra menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan doa selamat untuk penduduk Islam Gaza, Palestin bersama NGO yang terlibat pukul 7 malam tadi.
Imam Besar Masjid Putrajaya, Alfadhil Ustaz Salahuddin Ghazoli berkata, majlis ini bertujuan mendoakan bagi umat Islam bebas dari cengkaman tentera zionis.
"Tujuan kita adakan program bacaan surah Yasin pada hari ini adalah untuk kita berdoa kepada Allah SWT agar diberikan keselamatan kepada masyarakat Palestin di Gaza dan di Semananjung Arab yang menghadapi tentangan daripada pihak Israel yang bergitu getir, mudahan Allah memberi pertolongan dan juga bantuan kepada orang-orang Palestin,"katanya.
Antara NGO turut serta dalam majlis bacaan yassin pada kali ini seperti Pertubuhan Kasih Mekar Malaysia dan Jemaah - Sahabat Masjid Putra, Putrajaya.
Konflik Israel-Palestin menjadi semakin tegang apabila tentera Israel membalas serangan mengejut Hamas dengan melancarkan serangan terhadap beberapa kawasan di bumi Gaza termasuk menyasarkan bangunan penempatan rakyat Palestin dan hospital.
(Imam Besar Masjid Putrajaya, Alfadhil Ustaz Salahuddin Ghazoli)