(Foto BERNAMA)
KUALA KANGSAR, 12 Oktober- Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bermula hari ini.
Menerusi kenyataan, Iskandar Dzulkarnain berkata keputusan dibuat setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda Parlimen berkenaan.
"Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.
"Saya menyokong Anwar atas apa-apa usaha yang dilakukan bagi mengukuhkan ekonomi negara.
"Saya tidak akan meninggalkan atau mengkhianati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atas prinsip taat dan setia kepada parti.
"Biarpun mungkin berdepan risiko tindakan disiplin oleh parti, saya tidak sanggup melihat pengundi terus terbiar dan ketinggalan hanya semata-mata kerana perbalahan naratif politik.
"Saya dengan ini mengambil keputusan untuk menyokong inisiatif dibawa Kerajaan Madani yang mengutamakan kebajikan rakyat negara ini, sehingga pilihan raya akan datang," kata Iskandar Dzulkarnain.
(Foto BERNAMA)