fb fb fb fb fb

Pembangunan sosial, kerajaan saran penglibatan badan korporat dan swasta

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Pihak korporat dan swasta disaran memainkan peranan lebih besar dalam menyokong aspek pembangunan sosial.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata sumbangan pihak korporat selain wang tunai dapat menggerakkan komuniti meliputi bidang pendidikan dan bantuan semasa bencana.

"Peranan mereka ini dapat menyatupadukan rakyat Malaysia. Mereka boleh membantu daripada banyak aspek."

Melalui usaha kementerian, kita banyak anjurkan aktiviti yang memerlukan keterlibatan mereka bersama-sama dengan komuniti," kata Aaron kepada pemberita selepas Majlis Seminar Kebangsaan Menggalakkan Perpaduan Bangsa dan Pembangunan Negara Melalui Perniagaan dan Keusahawanan di Kuala Lumpur.


(Foto FB Menteri)

Beliau yakin selain menyokong aktiviti komuniti setempat ia juga dapat memupuk semangat kebersamaan antara badan korporat dan masyarakat.

Media Baharu