fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: Pelbagai inisiatif dirangka bagi menstruktur semula ekonomi, tingkat kualiti hidup rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Berteraskan Memperkasa Ekonomi MADANI, pelbagai inisiatif bakal dirangka dalam Belanjawan 2024 bagi menstruktur semula ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Maklum balas lebih 10,000 rakyat Malaysia diterima melalui portal Cadangan Belanjawan 2024.

Program Jelajah Belanjawan 2024 Peringkat Negeri secara bersemuka turut dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak.

Ia meliputi pendigitalan, pemeliharaan persekitaran dan langkah-langkah memajukan industri sedia ada.

Maklum balas dirumuskan dan dipertimbangkan dalam Belanjawan 2024 bagi memastikan rancangan peruntukan kewangan kali ini menyeluruh.


(Foto hiasan)

"Saya akan tentukan dalam Belanjawan Madani, isu kesihatan terutama klinik diberi keutamaan termasuk rumah sakit, saya pergi ke Hospital Sultanah Aminah, sesak", kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan djangka terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2024.

Ini selari usaha menambah baik mutu perkhidmatan kedua-dua kementerian itu demi manfaat rakyat.

Tumpuan termasuk menaiktaraf kemudahan infrastruktur sekolah dan institusi kesihatan.

Mengenai kos sara hidup pula, Penganalisis Ekonomi meramalkan pengawalan kos sara hidup dan peningkatan pendapatan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan diberi tumpuan dalam Belanjawan 2024.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen, esok.

‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’

Laporan oleh : Wartawan, Vimala Kasturi Verasamy

Media Baharu