fb fb fb fb fb

Perak batal tender penjualan tapak bekas Istana Raja Muda


IPOH, 21 Februari - Kerajaan Perak telah membatalkan tender penjualan tapak bekas Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar di Teluk Intan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata keputusan tersebut diambil setelah menerima bantahan daripada orang ramai sebelum ini.

"Setelah bantahan orang ramai, kita telah membatalkan tender tersebut," katanya ketika diminta mengulas perkembangan semasa perkara itu hari ini.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Rangkaian Infrastruktur Gentian Optik Jalur Lebar Allo Technology, di sini. Tambah Saarani, tapak berkenaan juga tidak akan disewakan.

Pada September tahun lalu, kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan proses tender penjualan tapak bekas Istana Raja Muda seluas 2.092 hektar itu bagi membolehkan beberapa kajian terperinci dijalankan.

Proses tender tanah berkenaan dibuat susulan pembatalan tapak rizab istana terbabit yang diwartakan melalui warta kerajaan negeri Perak nombor 607 bertarikh 18 Mac 2021.

Media Baharu