fb fb fb fb fb

Penyasaran subsidi berdasarkan keseluruhan kumpulan pendapatan

Timbalan Menteri Kewangan (MOF), Lim Hui Ying/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Disember - Pelaksanaan program penyasaran subsidi yang dilaksanakan ketika ini tidak hanya tertumpu faktor lokaliti semata-mata, tetapi mengambil kira keseluruhan kumpulan pendapatan.

Timbalan Menteri Kewangan (MOF), Lim Hui Ying menjelaskan pendekatan tersebut bertujuan memastikan rakyat yang benar-benar layak menerima manfaat dari bantuan kerajaan.

“Setakat ini, kerajaan memberi tumpuan kepada pengukuhan penggunaan data sedia ada serta integrasi maklumat merentasi agensi bagi meningkatkan ketepatan dasar berkaitan kos sara hidup”, ujar beliau.

Katanya, sebarang penambahbaikan terhadap rangka kerja pengukuran kos sara hidup akan terus dinilai dari semasa ke semasa.

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Setia Salehuddin Saidin berhubung rancangan kerajaan memperkenalkan Indeks Kos Sara Hidup bagi memperkenalkan dasar kos sara hidup yang lebih seimbang di bandar dan luar bandar.

ROSLINA BINTI DIN