fb fb fb fb fb

Penyampaian stesen radio perlu seiring perubahan masyarakat

FOTO FB TAN SRI ANNUAR MUSA

KUALA LUMPUR, 13 Februari - Penyiar dan pengendali stesen radio perlu mengetengahkan kandungan bermutu, setaraf medium penyebaran maklumat yang lain.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata kaedah penyampaian yang kreatif, menarik dan tidak terikat dengan kaedah konvensional perlu diketengahkan bagi memenuhi kehendak masyarakat.

Katanya pengetahuan penyiar juga perlu mencapai tahap yang diharapkan khalayak agar tidak ketinggalan.

“Kandungan bermutu dan pengetahuan masih merupakan perkara yang paling penting dalam penyiaran radio, selain aspek kreativiti dalam penyampaian kandungan yang berkualiti hanya akan datang daripada penyiar yang mempunyai pengetahuan luas.

“Khalayak kini mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan sekiranya kandungan penyiaran tidak mencapai tahap yang dimahukan pendengar maka kita akan terbelakang,” katanya di sini.

"Kalau kita mempunyai satu pengetahuan yang luas dalam satu-satu subjek apabila kita membuat ulasan, pandangan jadi kita akan bercakap pad paras yang sama atau lebih baik daripada pendengar.

Jadi pada saya pengetahuan adalah satu perkara yang penting untuk menentukan kandungan dan kreativiti bagaimana kita hendak menarik kepada pendengar kerana adanya kreativiti kita dalam waktu kita membuat penyampaian" kata Annuar dalam temu bual dengan sebuah stesen radio tempatan.

Jelasnya lagi idea segmentasi stesen radio juga boleh dilaksanakan bagi memenuhi kehendak pendengar.

Sebagai contoh, siaran radio yang tertumpu kepada pendidikan agama, ekonomi digital, hobi dan industri kreatif selain siaran radio khusus mengikut demografi.

 

Media Baharu