fb fb fb fb fb

Penyampaian inisiatif kerajaan perlu mudah difahami, lebih meluas - KSN

Pemerkasaan komunikasi fokus utama dalam Mesyuarat KSUKP - Foto FB KSN

PUTRAJAYA, 22 Julai - Penyampaian berhubung inisiatif serta program kebajikan dan kesejahteraan rakyat yang dilaksana kerajaan perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, Kerajaan Madani telah melaksanakan pelbagai inisiatif, namun adakalanya capaian berita mengenai usaha tersebut tidak sampai dan sukar difahami rakyat.

2207 NSL KSN PERKASA KOMUNIKASI 1Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hadir Mesyuarat KSUKP - Foto FB KSN

"Oleh itu, saya tegaskan sebarang komunikasi kelak, naratifnya perlulah berfakta, menggunakan bahasa yang mudah difahami serta liputan atau "outreach/engagement" perlu lebih meluas," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, langkah pemerkasaan komunikasi itu antara fokus utama perbincangan dalam Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP), di sini hari ini.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK