fb fb fb fb fb

Laluan arah timur KM124 LPT1 ditutup, laluan kontra diaktifkan

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad sedang giat melakukan kerja-kerja naik taraf lebuhraya bagi melaksanakan projek tebatan banjir di KM124 LPT1.

Anih Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan di laluan arah timur iaitu menghala ke Kuantan akan dilaksanakan bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan di kawasan tersebut.

"Semua trafik akan dilencongkan supaya menggunakan laluan arah barat iaitu menghala ke Kuala Lumpur dan pelaksanaan aliran kontra akan dibuat sepanjang tempoh tersebut.

Penutupan dan lencongan beserta aliran kontra ini akan dilaksanakan bermula pada 16 Oktober 2023 hingga Mac tahun depan," menurut kenyataan itu.

Justeru katanya,  pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi sebagai panduan bagi mengelakkan kekeliruan dan langkah keselamatan.

(FOTO Fb Lebuhraya Pantai Timur)

Media Baharu