fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: Komitmen berterusan Kerajaan Perpaduan martabat syiar Islam

PUTRAJAYA, 14 Oktober - Peruntukan RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI diyakini mampu memperkasakan ummah selain memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

"Selaku agensi penyelaras pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan, JAKIM amat berbesar hati dengan pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memartabatkan syiar Islam di negara ini," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut beliau, peruntukan itu antaranya adalah bagi menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam antaranya sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar dan sekolah tahfiz yang semuanya berjumlah RM150 juta.

Pemberian semula geran bantuan sebanyak RM20,000 kepada semua Sekolah Agama Rakyat turut disambut baik selain turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan khas kepada golongan agamawan sebanyak RM700 setiap seorang dengan  peruntukan lebih RM50 juta.

(Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff)

Media Baharu