fb fb fb fb fb

Penunggang motosikal maut tercampak ke sungai

Foto Balai Bomba dan Penyelamat Serian

SERIAN, 28 Disember - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu merempuh pasu penghadang jalan sebelum tercampak ke dalam sungai di Jalan Muara Mongkos awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serian, Superintenden Freddy Bian Stalisnaus Bian ketika dihubungi RTM memaklumkan, kejadian itu berlaku kira-kira 3.15 pagi melibatkan seorang individu berumur 22 tahun.

"Mangsa dalam perjalanan ke pasar Serian dikatakan hilang kawalan ke atas motosikalnya sebelum melanggar pasu.

"Ketika kejadian, mangsa diselamatkan orang awam namun disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di kepala," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke hospital Serian bagi tujuan autopsi dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI