FOTO PDRM
IPOH, 24 Januari - Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori di Kilometer 57 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu, mangsa, M. Sarasa, 50, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata ketika kejadian motosikal ditunggang mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke Ipoh.
"Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum digilis sebuah lori yang datang dari arah sama.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.