fb fb fb fb fb

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan babitkan 13 kenderaan

NIBONG TEBAL, 12 Mei- Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan 13 buah kenderaan termasuk sebuah treler yang mengalami masalah brek di Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Lee Chong Chern berkata kemalangan pada kira-kira pukul 6.20 petang itu mengakibatkan Tang Hai Kok, 46, yang menunggang motosikal Y110 meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan serta kepala.

"Berdasarkan siasatan, kemalangan berlaku selepas lori treler dipandu seorang lelaki yang mengalami masalah brek melanggar 12 kenderaan yang terdiri daripada lapan kereta, dua motosikal, sebuah pacuan empat roda dan sebuah van.

Treler berkenaan telah merempuh semua kenderaan tersebut dari arah belakang
menyebabkan penunggang motosikal terperosok dan maut di tempat kejadian

"Seorang lagi penunggang motosikal, wanita warga emas berusia 64 tahun, mengalami kecederaan pada kaki dan bahu kiri serta semua kenderaan terlibat dalam kemalangan itu mengalami pelbagai kerosakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati pemandu berumur 28 tahun yang ditahan untuk siasatan lanjut itu negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu