KLANG, 19 Oktober - Seorang penunggang motosikal parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata penunggang berusia 30-an itu dikatakan telah melanggar sebuah kereta sebelum terperosok di bawah kenderaan itu.

Katanya, perkakas tukar tayar kereta terpaksa digunakan untuk menaikkan kereta dan mengeluarkan mangsa.
Punca sebenar kejadian sedang disiasat dan kes dirujuk mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.