SERI KEMBANGAN, 19 Oktober- Malaysia masih belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan Indonesia berhubung kerjasama dua hala untuk menangani jerebu rentas sempadan.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, respons terakhir merupakan kenyataan daripada Kementerian Luar Indonesia yang memaklumkan telah menerima surat diutus Malaysia sebelum ini.
Ia berhubung tawaran untuk menangani masalah berkenaan.
Nik Nazmi ditemui pemberita ketika membuat tinjauan Projek Kecemasan Banjir di Jalan SK9 di sini.
Sementara itu, Klang di Selangor merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu bacaan 154, setakat pukul 10.00 pagi tadi.
Laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan 51 lagi kawasan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100).
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU tersebut dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
(Nik Nazmi Nik Ahmad)