fb fb fb fb fb

Usaha pendigitan dapat dipacu dengan pembangunan kapasiti, penyelarasan lebih baik - Fahmi

(Fahmi Fadzil)

DUBAI, 19 Oktober- Aspek pembangunan kapasiti dan penyelarasan lebih baik diperlukan dalam usaha kerajaan mengutamakan penerimagunaan pendigitalan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia seiring matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Justeru, semua kementerian dan agensi perlu mengenal pasti kaedah bagi membantu proses pendigitalan dan meningkatkan operasi masing-masing.

Menurut Fahmi, kehadiran beliau pada acara Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) Global 2023 dan Expand North Star (ENS) di sini memberi pendedahan serta pembelajaran yang boleh diterjemahkan dalam usaha meningkatkan operasi kementerian dan agensi.

Ia dapat membantu proses pendigitalan dan menjadikan operasi atau pelaksanaan kerja berkaitan secara berkesan, lancar dan pantas yang memberi manfaat kepada negara khususnya rakyat.

(Fahmi Fadzil (kiri) pada Pameran Teknologi Maklumat Teluk di Dubai)

Media Baharu