fb fb fb fb fb

Penubuhan tribunal Akta Antigangguan Seksual disambut baik KPWKM

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Penubuhan tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual yang diluluskan secara rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disambut baik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata penubuhannya dilihat sebagai salah satu platform alternatif dalam menambah baik sistem perundangan dan pengendalian aduan gangguan seksual dengan cepat dengan kos yang minimum.

"Sebagai permulaan tribunal ini akan diwujudkan hanya di Kuala Lumpur sahaja dahulu.

"Dan sekiranya pada masa hadapan terdapat keperluan untuk ditambah ke negeri lain, kita akan teliti semula dan diusahakan sebaiknya," kata Nancy di Dewan Rakyat di sini.

Tambahnya, fasa pertama penguatkuasaan akta tersebut melibatkan advokasi gangguan seksual kepada orang awam yang dikuat kuasa secara berperingkat mulai 28 Mac lalu manakala penubuhan Tribunal Antigangguan Seksual pula adalah fasa yang kedua.
   
Melalui fasa pertama, KPWKM mempergiatkan usaha mewujudkan Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat berkaitan isu berkenaan.

Setakat ini, program berkenaan telah menjelajah 11 jerayawara di seluruh negara.


(Setakat ini, program berkenaan telah menjelajah 11 jerayawara di seluruh negara)

 

Media Baharu