fb fb fb fb fb

Penubuhan RCI penting, berkait kedaulatan Raja-Raja Melayu

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 24 Januari- Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) membabitkan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, disifatkan penting.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata penubuhan RCI tersebut melibatkan isu sempadan yang menyentuh kedaulatan Raja-Raja Melayu.

"Penting saya sebutkan di sini cadangan bagi keanggotaan RCI akan disembah maklum untuk perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Maka dari segi komposisi keaggotaan bagi Suruhanjaya Diraja ini kita boleh nantikan setelah diperkenan", katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Khas Pasca-Mesyuarat Jemaah Menteri di Kementerian Komunikasi di Putrajaya pada Rabu.

ROSLINA BINTI DIN