fb fb fb fb fb

Tubuh Kluster Komunikasi Strategik, langkah proaktif MAFI- Dr. Zokhri Idris

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Penubuhan Kluster Komunikasi Strategik di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) adalah satu langkah proaktif Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Penganalisis Polisi Sosio-Ekonomi, Dr. Zokhri Idris optimis, menerusi kluster baharu itu, maklumat serta informasi tepat, sahih dan terkini berhubung sekuriti makanan negara, dapat disalurkan dengan efektif kepada masyarakat.

"Ia membina keyakinan rakyat dan pelabur luar bahawa tahap sekuriti makanan di Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal. Jadi rakyat tidak perlu melakukan pembelian panik seperti suatu ketika dahulu ketika COVID-19 melanda.


(Penganalisis Polisi Sosio-Ekonomi, Dr. Zokhri Idris)

"Kedua, saya melihat ia menzahirkan kepimpinan kementerian dan kerajaan dalam menangani isu ini.

Kluster Komunikasi Strategik mampu berjaya mencapai sasaran, sekiranya mendapat kerjasama semua pihak, selain rakyat sentiasa peka dengan maklumat yang disalurkan.

"Bagi memastikan Kluster Komunikasi Strategik ini berjaya, kita perlu memastikan pertama tidak akan berlaku pendidihan maklumat atau informasi, segala apa yang dikongsi, ditularkan kepada rakyat, haruslah mendapat mandat penjelasan yang jelas agar informasi ini disambut baik oleh rakyat.

"Kita tidak mahu ada kekeliruan di peringkat rakyat yang terdiri daripada pengguna, pemborong, peruncit, penternak dan sebagainya", katanya.

Semalam, MAFI mengumumkan penubuhan Kluster Komunikasi Strategik di bawah FSCC bagi menyampaikan maklumat dan insiatif kerajaan berhubung sekuriti makanan.

Media Baharu