fb fb fb fb fb

Penubuhan DSOD berupaya tangani ancaman musuh - Hishammuddin 

(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bercakap pada sidang media selepas mengadakan
lawatan kerja di Kem Sungai Besi, hari ini) 

KUALA LUMPUR, 5 Oktober - Penubuhan Pasukan Khas Defence Special Operation Division (DSOD) dilihat berupaya menangani sebarang ancaman musuh kepada negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia penting bagi menghadapi sebarang ancaman dari pihak luar sekali gus memastikan kesiapsiagaan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di tahap yang tinggi.

"Pasukan ini boleh diatur gerak dengan pantas bagi berdepan dengan ancaman yang boleh ancam keselamatan negara, saya telah membuat ketetapan dan maklum kepada MINDEF sekurang kurangnya dari segi peralatan termasuk peluru-peluru yang digunakan mestilah 'up to date' dan merupakan yang terkini," kata beliau pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.


(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyaksikan majlis menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) kerjasama strategik antara MINDEF, Yayasan Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT) dengan 
Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), hari ini)

Dalam lawatan tersebut, Hishammuddin turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama strategik antara MINDEF, Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak).

Pemeteraian MoU itu menyaksikan UniRazak akan menyediakan 250 tempat setahun bagi tempoh lima tahun untuk anak-anak anggota ATM dan warga awam MINDEF mengikuti program dermasiswa pengajian asasi sastera secara percuma.

Mengakhiri lawatannya, beliau turut meluangkan masa melawat sekolah tahfiz dan asrama anak yatim ATM serta menyampaikan sumbangan keseluruhan berjumlah RM80,000 yang bakal memberi manfaat kepada 74 pelajar sekolah itu.

Media Baharu