fb fb fb fb fb

MTHQA ke-62 bermula 19 Oktober ini

PUTRAJAYA, 5 Oktober- Kuwait, Afghanistan, Sri Lanka dan Kenya merupakan antara tujuh negara baharu yang akan menghantar wakil bagi menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-62 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) bermula 19 Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata sesi saringan secara dalam talian telah dilaksanakan Julai lalu melibatkan 40 negara namun hanya 30 negara terpilih untuk peringkat akhir MTHQA nanti.

"Kebiasaanya penganjuran MTHQA melibatkan dua kategori iaitu pertandingan tilawah Al-Quran secara tartil dan pertandingan hafazan Al-Quran 30 juzuk. Namun, penganjuran MTHQA pada kali ini hanya melibatkan kategori pertandingan tilawah Al-Quran sahaja," kata Idris Ahmad ketika menghadiri Pra-Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-62 di sini.

Untuk MTHQA kali ke-62 ini, seramai 36 orang peserta daripada 64 calon telah berjaya melepasi sesi saringan yang diadili oleh 16 orang juri.

Keunikan majlis tilawah kali ini, peserta tidak akan mempersembahkan bacaan masing-masing di astaka fizikal seperti sebelumnya tetapi akan disuntik penambahbaikan sistem 3D AR grafik di dalam setiap persembahan.


(Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata demikian dalam sidang media hari ini ketika
menghadiri Pra-Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-62)

Media Baharu