fb fb fb fb fb

Parlimen: Pindaan Akta 262 dan Akta 127 diluluskan

(FOTO BERNAMA)

PARLIMEN, 5 Oktober- Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan ke atas Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Rang Undang-Undang (RUU) Kesatuan Sekerja dan Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022 itu diluluskan sebulat suara selepas dibahas oleh ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

RUU Kesatuan Sekerja Pindaan 2022 bertujuan membenarkan kepelbagaian kesatuan sekerja dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau industri, serta meningkatkan keahlian dalam kesatuan sekerja.

Pindaan berkenaan juga untuk menggalakkan pekerja menyertai kesatuan pekerja, memastikan mereka diwakili dilindungi dengan hak dan faedah yang lebih baik.

RUU Kualiti Alam Sekeliling Pindaan 2022 pula mengenakan denda tidak kurang RM5,000 dan maksimum RM10 juta bagi kesalahan membabitkan pencemaran air, pelepasan minyak, pelepasan buangan di perairan dan pelupusan haram buangan terjadual.

Selain itu, hukuman penjara mandatori tidak lebih lima tahun boleh dikenakan bagi kesalahan pelupusan haram buangan terjadual, pencemaran air dan pematuhan keperluan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pindaan akta melibatkan fasa satu iaitu memfokuskan kepada kepada hukuman, denda dan penalti sahaja.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu