fb fb fb fb fb

Penternak ayam penelur gesa kerajaan segerakan subsidi dedak




MASJID TANAH, 7 Februari- Peladang dan penternak ayam penelur memohon kerajaan untuk menyegerakan pemberian subsidi bagi pembelian dedak.

Ia susulan kos ternakan semakin tinggi, menjadikan harga telur ayam semakin rendah menyukarkan mereka untuk meneruskan pengeluaran.

Menurut Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau, jika perkara ini tidak diselesaikan dengan segera, seluruh rantaian pengeluaran telur ayam mungkin akan berhadapan masalah kekurangan telur ayam di pasaran khususnya menjelang Ramadan atau Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Kita tidak minta banyak subsidi, kita hanya minta boleh bagi nak cover kita punya kos dedak itu sahaja....kita punya kos untuk ternak ayam dedak pun naik bekalan elektrik pun naik gaji semua minta naik kerana kita punya kosĀ hidup semua naik saya berharap kerajaan boleh subsidiĀ untuk kita sampai bulan Jun" kata Lee Yoon Yeau.

Jelasnya ia tidak termasuk kerugian dihadapi mereka apabila ada ayam yang sakit atau mati serta telur ayam yang rosak.

Malah menurut beliau, terdapat kemungkinan pengeluar telur ayam terpaksa mengurangkan kos bagi mengurangkan beban kerugian yang ditanggung.

Dalam pada itu, beliau juga berpendapat sudah masanya kerajaan mula mengurangkan kebergantungan ke atas import dedak dengan menghasilkan dedak sendiri.

Yeau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Masjid Tanah.

Ketika ini harga sebiji telur ayam yang dijual kepada pemborong dan peruncit adalah antara 35 sen hingga 39 sen bagi telur gred C, B dan A.

Media Baharu