fb fb fb fb fb

Penstrukturan tarif elektrik beri faedah besar kepada rakyat

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Jun– Penstrukturan semula tarif elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberi pelbagai manfaat kepada rakyat, termasuk pengurangan kos bil elektrik dan penambahbaikan sistem penggunaan tenaga yang lebih efisien.

Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi MARA, UITM cawangan Negeri Sembilan, Dr Bashir Ahmad Shabir Ahamd, antara faedah utama yang dikenal pasti ialah peluasan waktu luar puncak.

"Pengguna yang bijak menggunakan tenaga pada waktu ini berpotensi menikmati penjimatan sehingga 30% dalam bil elektrik bulanan. Ini merupakan satu inisiatif baik. Sebelum ini, waktu luar puncak tidak begitu diperluaskan,” ujarnya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia , di Angkasapuri. .

Selain itu, katanya kerajaan turut mengumumkan rebat 10 peratus kepada institusi pendidikan, rumah ibadat dan universiti, sebagai langkah mengurangkan beban kewangan entiti berkenaan.

Tambahnya, golongan berpendapatan rendah juga terus menerima manfaat apabila rebat RM40 untuk isi rumah miskin, masih dikekalkan membuktikan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat.

Dalam usaha meningkatkan ketelusan, sistem bil elektrik, penjelasan terperinci mengenai penggunaan tenaga diberikan, membolehkan pengguna memahami corak penggunaan mereka dan mengambil langkah berjimat-cermat.

Katanya, penambahbaikan ini dilihat sebagai langkah progresif ke arah sistem tarif yang lebih adil, telus dan inklusif.

SITI NOORAIN ABDULLAH