fb fb fb fb fb

Penstrukturan semula tingkatkan keberkesanan perkhidmatan jabatan dan agensi KDN

PUTRAJAYA, 13 Januari - Penstrukturan semula agensi dan jabatan bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan diteruskan tahun ini bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatannya, memelihara kepentingan rakyat dan negara.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

"Maka perlulah kita menstrukturkan dengan lebih baik semua jabatan, semua agensi-agensi yang ada di PDRM sendiri apabila kita lihat ada jabatan dan unit yang diperlukan.

"Pada tahun ini, sebanyak RM13 juta MOF (Kementerian Kewangan) telah luluskan bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah PDRM untuk menangani masalah yang dihadapi kita sebelum ini melibatkan golongan wanita dann kanak-kanak yang banyak diuar-uarkan melalui media sosial", Hamzah berucap menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2022 KDN di sini.

Tambahnya lagi, kajian semula beberapa dasar termasuk akta dan prosedur operasi standard (SOP) tertentu perlu dilaksanakan agar KDN sentiasa relevan, efisien dan sistematik.

Antara akta yang akan disemak semula ialah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Penjara 1995, Akta Agensi Persendirian 1971, dan Akta Pencetakan dan Teks Al-Quran 1986.

 

Media Baharu