fb fb fb fb fb

Kerajaan Perak optimis lebih ramai penjaja Bazar Ramadan tahun ini

 

 

 

 

IPOH, 14 Januari- Kerajaan negeri Perak yakin lebih ramai penjaja akan terlibat dengan jualan di Bazar Ramadan pada tahun ini.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, ia selepas kelonggaran yang diberikan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat.

"Seperti tahun sudah, kita telah mengarahkan semua PBT memastikan semua penjaja dapat tapak. Saya rasa amalan, konsep itu jugak akan kita bawa untuk tahun ni."

"Kalau masih ingat isu tapak tahun lepas kita dapat selesaikan dengan membuka lokasi lokasi baru, tidak ada usahawan atau penjaja yang terpinggir daripada tapak, kalau dia tak dapat macam contoh di Ipoh tak dapat meniaga di stadium, tak dapat meniaga di Medan Gopeng, kita buat tapak tapak baru supaya mereka dapat peluang untuk meniaga," kata Zainol.

Tambahnya lagi, pinjaman-pinjaman mudah yang ditawarkan pelbagai jabatan serta agensi turut membantu para penjaja untuk kembali meniaga.

Meskipun begitu, beliau mengingatkan penjaja dan pengunjung di bazar ramadhan untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundangan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Media Baharu