fb fb fb fb fb

Pensijilan LKV, AADK hasrat dapatkan pengiktirafan untuk pelatih pusat pemulihan

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon

KUANTAN, 25 April - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bercadang mendapatkan pengiktirafan pensijilan Latihan Kemahiran dan Vokasional (LKV) kepada pelatih di bawah program pemulihannya, seluruh negara.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berkata pihaknya kini dalam proses rundingan bersama beberapa agensi untuk mengiktiraf pelatih di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) yang berkemahiran.

"Kita sekarang ini sedang berunding bersama Pengarah PUSPEN Gambang dan Pengarah di Ibu Pejabat sedang berunding dengan beberapa jabatan kerajaan, kalau boleh kita hendak adakan sijil, bila dia keluar, menamatkan pemulihan di sini bukan sahaja dia tamat tapi dia ada sijil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kuarters kakitangan dan projek tanaman pisang berkelompok serta jamuan hari raya Aidilfitri PUSPEN Gambang 2024, di sini.

Tambah Sutekno, program LKV yang di sediakan merupakan sebahagian modul rawatan pemulihan yang dilaksanak di PUSPEN seluruh negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN