fb fb fb fb fb

Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDN didakwa minta suapan RM3,000

Foto RTM

BUTTERWORTH, 24 April -Seorang Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengaku tidak bersalah meminta suapan berjumlah RM3,000 sebagai dorongan bagi mengurangkan bayaran kompaun.

Tertuduh, Mohd Zaimi Sham Mahmood membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulhzmi Abdullah di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini.

Mengikut kertas pertuduhan,tertuduh didakwa memperdaya K.Sivapragasam menyerahkan wang RM3000 kononnya untuk membantu mengurangkan kompaun dua tahun lalu.

Kesalahan itu dilakukan di Persiaran Bayan Indah, Barat Daya, antara pukul 5.35 petang hingga pukul 5.50 petang pada 13 Mei 2022.

Tertuduh yang berkhidmat cawangan KPDN Timur Laut, didakwa menipu lelaki itu dengan alasan bahawa Jawatankuasa Rayuan Kompaun di Putrajaya telah menolak rayuan kompaunnya dan tertuduh berupaya membantu mengurangkan kompaun tersebut.

Tertuduh didakwa bawah Seksyen 420 Kanun Kesiksaan, memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun , sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Afiqa Liyana Rosman manakalan tertuduh diwakili peguam V.Parthiban.

Hakim Zulzhmi Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8000 dan mengarahkan tertuduh menyerahkan passport dan perlu lapor diri pejabat SPRM sekali setiap bulan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD