fb fb fb fb fb

Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK minimum RM1,000

Nilai keseluruhan belanjawan RM1.088 billion / Foto RTM

GEORGE TOWN, 14 November - 3,954 penjawat awam di Pulau Pinang bakal menerima Bantuan Khas Kewangan, (BKK) minimum RM1,000 atau tiga per empat bulan gaji.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan 2026 Pulau Pinang.

Bantuan berkenaan, akan dibayar bulan depan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM11.49 juta.

"Selain itu, penyelia serta guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat, kakitangan Sekolah Rendah Agama Rakyat, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) turut menerima imbuhan RM300 secara sekali bayar.

"Turut menerima imbuhan serupa, masing-masing, guru tahfiz, guru pondok, guru tadika Islam (TADIS), guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri yang keseluruhannya melibatkan 3,358 individu,” katanya.

Belanjawan 2026 terus mengekalkan defisit sebanyak 19.92  juta dengan nilai keseluruhan belanjawan sebanyak RM1.088 billion.

FAUZIAH ABD RAHMAN