KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Kerajaan bersetuju memperluas kemudahan bantuan bayaran pakaian untuk penjawat awam bagi menghadiri upacara rasmi.
Ia meliputi pakaian batik Malaysia untuk penjawat awam yang layak.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah dibuat itu untuk menggalakkan penghasilan batik Malaysia yang berkualiti tinggi.
Anwar berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kedua di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.
(Foto BERNAMA)