PUTRAJAYA, 23 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun yang berkuat kuasa hari ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi notis waran penjara sejurus keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Najib sebentar tadi.
Terdahulu panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu selepas mendapati tiada sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai 2020.
Di akhir prosiding ini, mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib pada sebelum ini selain menjalani hukuman penjara yang berkuat kuasa hari ini.
(Kenderaan hitam dengan nombor pendaftaran WWE 5869 yang dipercayai membawa
bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menuju terus ke Penjara Kajang)
Terdahulu, kelihatan kenderaan hitam dengan nombor pendaftaran WWE 5869 yang dipercayai membawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menuju terus ke Penjara Kajang.