fb fb fb fb fb

Peniaga vape di Selangor diarah turunkan iklan, promosi berkaitan

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim.

KLANG, 22 Mei- Semua peniaga rokok elektronik atau vape diarahkan menurunkan iklan jualan dan promosi berkaitan, sebelum tindakan tegas diambil.

Perkara itu dinyatakan Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim.

Beliau berkata, arahan tersebut sudah dibincangkan dan dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), baru-baru ini.

"Kita tidak mahu menggalakkan masyarakat yang lebih banyak terjebak rokok vape ini. Jadi iklan-iklan yang tidak berlesan dan sebagainya telah diarahkan untuk diturunkan.

"Di Klang sahaja kita dapati ada 45 premis yang ada iklan sedemikian. Selama ini pun pihak PBT, Dato Bandar kita tidak pernah mengeluarkan lesen vape dan mereka ini beroperasi secara kalau dengan ayat tanpa izin, tanpa lesen dan kita arahkan iklan-iklan ini diturunkan," kata Datuk Suee Lim.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan rasmi ke Majlis Bandaraya Diraja Klang MBDK di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, keputusan untuk mengharamkan sepenuhnya penjualan vape masih dalam kajian.

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor diarah menyita iklan memaparkan rokok elektronik atau vape di seluruh negeri, dengan negeri ini dalam proses pertimbangan melarang penjualannya.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin, dilaporkan berkata, ia berikutan ancaman penggunaan rokok elektronik yang semakin membimbangkan khususnya generasi muda.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD