fb fb fb fb fb

Malaysia tekad untuk terus memacu ASEAN ke hadapan

Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, tekad untuk terus memacu ASEAN ke hadapan sebagai sebuah kuasa serantau yang berprinsip, dengan hala tuju ekonomi yang jelas dan mampan.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa isu utama antaranya situasi di Gaza antara yang akan dibincangkan dalam Pemukiman Pemimpin ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

“Perkara ini saya maklumkan dalam Sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa malam tadi, " Menurut beliau di platform X, 

Kepentingan ekonomi dan perdagangan serantau, serta inisiatif melonjakkan pelaburan dalam kalangan negara ASEAN juga akan dibincangkan.

Kepentingan projek Grid Tenaga ASEAN turut ditekankan sebagai satu langkah besar dalam memperkukuh kerjasama tenaga di peringkat serantau.

Berhubung isu tarif yang dikenakan Amerika Syarikat, beliau menegaskan keutamaan Malaysia ketika ini adalah terhadap pembaharuan ekonomi domestik selain memperluas kerjasama melalui ASEAN dan rakan utama seperti China, India, Pakistan serta memperkukuh hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU).

"Malaysia kekal komited sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, meneruskan hubungan dengan rakan dagang tradisional seperti China dan Amerika Syarikat, di samping meneroka pasaran baharu termasuk menjalin hubungan dagang dengan Rusia, " katanya lagi.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN