fb fb fb fb fb

Peniaga pisang goreng dikhuatiri lemas

Saidi Che Hassan

TUMPAT, 8 Mei - Seorang peniaga pisang goreng dipercayai lemas selepas terjatuh dari bot yang dinaikinya ketika sedang mencari udang di Kampung Kutan Sungai, Wakaf Baru, di sini.

Isteri mangsa Zuhaidah Mohamad Salleh berkata, suaminya Saidi Che Hassan, keluar rumah kira-kira pukul 9.30 pagi untuk mengangkat bubu yang dipasang awal pagi tadi.

Kejadian itu disedari pekerja pam pasir selepas bot suaminya hanyut dan dia sendiri mengetahui kejadian tersebut pada pukul 10.30 pagi selepas dihubungi penduduk kampung.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian dia diberitahu bahawa bot yang dinaiki suaminya itu mempunyai darah dipercayai disebabkan terkena hentakan enjin bot.

Zuhaidah berkata, dia mengesyaki perkara itu kerana suaminya pernah memberitahu bahawa enjin botnya rosak tiga hari lalu.

Dia berharap agar suaminya dapat ditemui walau apa jua keadaannya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Baru, Penguasa Bomba Kanan II, Nazri Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.17 pagi.

Pihaknya tiba di lokasi kejadian pukul 10.36 pagi dengan kekuatan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu dan Pasukan Penyelamat di Air, Pengkalan Kubor.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan.

TETITIA YUSOFF