fb fb fb fb fb

12 pelajar wakili Malaysia ke Pameran Regeneron ISEF 2024 di California

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan bersama 12 wakil pelajar yang akan bertanding dalam Regeneron ISEF 2024 di California

KAJANG, 8 Mei- Seramai 12 orang pelajar dari enam buah sekolah menengah akan mewakili Malaysia ke Pameran Sains dan Kejuruteraan Antarabangsa Regeneron ISEF 2024 di California.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, kesemua pelajar membawa enam projek inovasi untuk dipertandingkan meliputi beberapa bidang termasuk kimia, pengurusan kitar semula dan barang buangan, sains sosial dan robotik.

"Hari ini, kita meraikan mereka. Kita mengharapkan supaya pelajar-pelajar atau kita boleh gelarkan mereka sebagai duta kecil negara bertanding dalam bidang sains dan teknologi di peringkat antarabangsa dan pulang dengan kemenangan," kata Azman kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang, di sini.

Regenron ISEF mula dianjurkan sejak 1950 merupakan pertandingan reka cipta dan inovasi terbesar dunia.

Edisi tahun ini akan berlangsung tujuh hari mulai 11 Mei ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM