fb fb fb fb fb

Peniaga ayam goreng kunyit didenda RM10,000

Mahkamah Langkawi/ Foto RTM

LANGKAWI, 20 November- Seorang peniaga ayam goreng kunyit didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Langkawi kerana gagal menyimpan dan menyenggara rekod jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Tertuduh, Asyuni Mastura Basri, 22 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Allan Suman Pillai.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa gagal menyimpan resit dan menyenggara rekod jualan bagi bulan Januari 2021 hingga 30 November 2023.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah permis di Jalan Pantai Cenang, Langkawi pada 14 Januari 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 53A(3) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

15 Januari lalu, sepasukan anggota penguatkuasa KPDN Langkawi memeriksa dan mengeluarkan notis bertulis di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 bagi memberikan maklumat berkaitan makanan sedia masak tersebut.

Selain, surat penyerahan notis bertulis di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 serta akuan penerimaan notis di bawah seksyen 53A akta sama berkaitan kewajipan menyimpan rekod perniagaan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa KPDN, Mohamad Hezrin Abd Wahab, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Trainee