fb fb fb fb fb

Pengusaha R&R disaran tubuh koperasi

Foto hiasan

TEMERLOH, 2 Mei- Pengusaha hentian Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya utama dalam negara disaran untuk menubuhkan koperasi sebagai entiti bisnes yang berpotensi menjana keuntungan dan faedah kepada ahli.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, penubuhan koperasi dapat menjalankan aktiviti berkaitan kredit dan bisnes teras.

"Ianya bukan sahaja memberi faedah kepada ahli-ahli, tetapi juga dapat membantu supaya mereka juga boleh mendapat bekalan barang yang lebih berpatutan.

"Koperasi juga akan mengurus belian barang makanan secara pukal untuk kepentingan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidil Fitri Koperasi R&R Temerloh Berhad Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di hentian R&R Temerloh Barat di sini.

Menerusi penubuhan koperasi, ahli berpeluang untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada kadar lebih murah .

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI