fb fb fb fb fb

Pengurusan mitigasi banjir, DBKL sedia beri penjelasan

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia memberi penjelasan berhubung isu pengurusan mitigasi banjir di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah mengakui bahawa ada projek yang tidak dapat disempurnakan atas beberapa faktor termasuk cuaca dan kewangan.

(Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah)

"Banyak program hendak laksanakan. Keupayaan kita juga ada batasanya dari segi kewangan dan sebagainya. Kita sudah laksanakan sesuatu, mungkin satu dua lagi yang belum kita sempurnakan.

"Tapi tidak bermakna kita tidak buat apa-apa, yang dikenal pasti itu ialah pada 2020 hingga 2021, itu yang diaudit tetapi selepas itu, kita melalui atau menghadapi cuaca yang luar biasa," katanya ketika ditemui selepas program Penanaman Pokok Semarak Bulan Kebangsaan di Kolam Takungan Intan Baiduri, di sini.

Tambahnya, setakat ini pihaknya tidak menerima surat rasmi berhubung tarikh dan masa bagi prosiding berkenaan.

Media Baharu