fb fb fb fb fb

KPM laksana pemutihan tanah sekolah, pastikan tanah pemilikan milik JKPTG

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 6 Ogos - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan proses pemutihan ke atas pemilikan tanah yang digunakan untuk pembinaan sekolah di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin bekata pihaknya turut bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Bila dapat peruntukan bina sekolah, kita semak bukan milik JKTPG maka proses pertukaran cukup lama sebab itu kita ambil tindakan proaktif dimana kita buat pemutihan tanah itu dan akan pastikan milik kerajaan.

(Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin)

"Usahasama dengan kerjsama PBT kita akan tekankan dia selesai tapi sangkut di PBT dan kita akan duduk bincang dan tidak jadi penghalang," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Kejohanan Olahraga Tahunan Keenam di Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 17(1), di sini.

Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri Satu sebelum ini mendapati 19 projek pembinaan sekolah baharu antara 2016 hingga 2021 didapati pengurusan projek pembinaan sekolah kurang cekap dan kurang berkesan.

Ini berikutan terdapat beberapa kelemahan yang menyebabkan pembinaan sekolah terbengkalai.

Antaranya isu peringkat perancangan, masalah koordinasi dengan kerajaan negeri, PBT dan syarikat utiliti serta isu ketersediaan tapak projek.

Media Baharu