fb fb fb fb fb

Pengurangan bayaran premium tanah di Perak dilaksana kepada miskin tegar, OKU

(FOTO HIASAN)

IPOH, 27 September - Dasar permohonan rayuan pengurangan bayaran premium tanah di Perak dilaksanakan.

Ini bagi membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan di negeri itu untuk membayar kadar premium tanah yang tinggi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pengurangan bayaran tersebut akan diberikan kepada individu di bawah kategori miskin tegar dan Orang Kurang Upaya (OKU).

(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad)

"Tempoh bayaran premium ditetapkan ialah selama tiga bulan dari tarikh notis 5a dikeluarkan dan di mohon pelanjutan untuk tiga bulan lagi.Butiran notis 5a bagi tujuan pembayaran premium adalah meliputi cukai tahun pertama, bayaran ukur, tanda sempadan dan bayaran pendaftaran hakmilik," katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini.

Tambah Saarani, kerajaan negeri tidak menyediakan pembayaran premium pembaharuan tanah secara ansuran sebaliknya secara ‘one off’ untuk membolehkan hak milik didaftarkan.

Media Baharu