fb fb fb fb fb

Miliki kenderaan klon: Lelaki ditahan, kenderaan dirampas

(Lelaki memandu kereta klon jenis Honda di tahan JPJ Kedah di Jalan Langgar, Alor Setar)

ALOR SETAR, 27 September- Seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun ditahan kerana memiliki kereta klon jenis Honda oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Kedah, Aman Shah Hashim, hasil semakan kenderaan rekod lampau mendapati, nombor pendaftarannya telah digunakan oleh tiga kenderaan klon sebelum ini. 

Ketika ditahan, lelaki berkenaan memandu seorang diri di Jalan Langgar, Alor Setar.

Kenderaan disita di bawah seksyen 64(1) APJ 1987 untuk siasatan lanjut.


(Kereta klon jenis Honda disita JPJ Kedah)

Pihak JPJ  akan melakukan penguatkuasaan dan pemantuan secara berterusan  bagi memastikan pengguna sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.

Pengguna boleh membuat aduan berkaitan kesalahan jalan raya melalui Aplikasi MYJPJ.

Media Baharu