KANGAR, 27 September - Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka sejak petang semalam di Sekolah Kebangsaan Arau masih beroperasi.
PPS itu telah menempatkan 10 keluarga melibatkan 35 orang iaitu tujuh lelaki dewasa, 11 wanita dewasa, tiga orang warga emas, 13 orang kanak-kanak, serta seorang bayi.
Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Ku Chik Ku Mat Esa, mangsa yang ditempat di PPS itu melibakan dua buah kampung iaitu Kampung Titi Besi dan Kampung Kebun.
Katanya, keadaan banjir masih lagi tidak berubah walaupun keadaan cuaca kembali cerah serta tiada hujan sejak petang semalam.
Agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana akan terus memantau keadaan banjir seluruh Perlis dan sekiranya air surut sepenuhnya, kemungkinan semua mangsa akan kembali ke rumah berdasarkan penilaian dibuat Angkatan Pertahanan Awam (APM).