Pengukuhan tadbir urus TH kunci tingkatkan keyakinan pendeposit

Foto Fail TH

KUALA LUMPUR, 5 September – Langkah kerajaan memperkukuh aspek tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH), termasuk meneruskan pindaan akta berkaitan, dilihat penting bagi melindungi kepentingan serta meningkatkan keyakinan pendeposit.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengurusan simpanan pendeposit mesti dilaksanakan secara telus, berintegriti dan bertanggungjawab untuk melindungi amanah dan wang umat Islam.
  • Ketelusan pengurusan dan pelaburan TH penting untuk mengekalkan keyakinan pendeposit serta memastikan kestabilan industri haji negara.
  • Perkukuh mekanisme pemantauan, semak dan imbang serta penguatkuasaan tegas bagi mengesan dan menangani salah laku awal.

Muhammad Aiman Mohd Munir berpandangan, pengurusan simpanan pendeposit perlu dilaksanakan secara telus, berintegriti dan bertanggungjawab.

Ini memandangkan TH menggalas amanah besar dalam menguruskan wang umat Islam terutama bagi menunaikan ibadah haji.

“Langkah itu sangat baik kerana TH melibatkan kepentingan dan simpanan ramai umat Islam. Apa yang paling penting, pindaan tersebut perlu benar-benar memastikan wang pendeposit diurus secara telus, berintegriti dan mengikut tadbir urus yang baik,” katanya.

Akil Iskandar pula berkata tahap ketelusan aspek pengurusan dan pelaburan TH penting dalam mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap institusi berkenaan.

“Bagi saya, TH ini tempat kita menyimpan untuk pergi haji. Untuk meningkatkan keyakinan pendeposit, kerajaan mesti memastikan TH sangat telus dalam pengurusan dana dan pelaburan kerana ini melibatkan duit rakyat dan pendeposit.

“Kalau keyakinan pendeposit terhadap TH menurun, ia boleh menjejaskan pelaburan TH dan pada masa sama mungkin turut menjejaskan industri haji negara,” katanya.

Sementara itu, Nurul Hidayah mencadangkan mekanisme pemantauan serta semak dan imbang diperkukuh bagi membolehkan sebarang kelemahan atau salah laku dikesan lebih awal.

“Penguatkuasaan dan pemantauan perlu diperkukuhkan. Selain itu, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan kedudukan atau melanggar peraturan.

“Dari sudut pentadbiran pula, perlu ada semak dan imbang yang lebih jelas supaya sebarang salah laku dapat dikesan lebih awal,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.