fb fb fb fb fb

Pengukuhan ringgit bukti Kerajaan MADANI mampu ubah persepsi global

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi bagi Bulan September di Kementeriannya di Putrajaya/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 20 September - Pengukuhan ringgit telah membuktikan Kerajaan MADANI mampu mengubah persepsi global dalam tempoh singkat terhadap asas ekonomi Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kejayaan itu berdasarkan tiga rangka kerja utama yang dilancarkan tahun lepas iaitu dari Julai hingga Ogos.

Katanya, ini merangkumi Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

"Dengan penerbitan tiga rangka kerja utama ini, kita telah saksikan satu perubahan cukup mendadak dalam tempoh singkat.

"Ringgit telah mencapai paras tertinggi RM4.19 berbanding dolar setakat 10:20 pagi tadi melepasi unjuran awal RM4.50 menjelang akhir tahun," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan menekankan pencapaian lain termasuk peningkatan dalam perdagangan dan pelaburan.

Beliau yakin Malaysia akan menjadi salah satu hab serantau utama bagi pengeluaran dan eksport semikonduktor di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN:

Trainee