fb fb fb fb fb

Letupan di Lubnan: Perbuatan tidak berperikemanusiaan, kejam- PM

Insiden letupan peranti komunikasi di Lubnan/ AFP

PUCHONG, 20 September- Malaysia mengutuk keras tindakan Israel menggunakan peranti komunikasi sebagai bahan letupan di seluruh Lubnan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbuatan terkutuk itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan kejam.

"Kenyataan telah dikeluarkan oleh Kementerian Luar mengutuk serangan biadap, bekalan dari Israel menggunakan pager dan maknanya seluruh rakyat yang memakainya terkesan.

"Paling tidak berperikemanusiaan, dia bukan pasukan tentera dan sebagainya, wanita anak-anak. Jadi kita telah bantah keras.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Darussalam, Puchong.

Semalam, Kementerian Luar menyatakan Malaysia terus berdiri teguh bersama Lubnan dalam krisis ini.

Selasa lalu, 21 orang terkorban, manakala lebih 3,000 orang cedera selepas alat kelui yang digunakan meletup secara tiba-tiba dan serentak selepas ia didakwa digodam oleh Israel.

ROSLINA BINTI DIN