fb fb fb fb fb

Pengujian pelaksanaan subsidi bersasar ambil masa tiga hingga enam bulan - Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar yang sedang dikaji kerajaan, perlu disusuli dengan pengujian lebih meluas membabitkan penduduk bandar dan luar bandar.

Pengujian dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan, sebelum keputusan mengenai pelaksanaanya di seluruh negara boleh dimuktamad.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, strategi kerajaan adalah memastikan usaha menggantikan subsidi pukal dengan kombinasi subsidi bersasar dan bantuan tunai, dilakukan secara berperingkat.

Tujuannya, mengelak inflasi secara mendadak atau menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi negara.

"Ini selaras pendekatan diambil kerajaan untuk ayam, contoh bagi kurangkan 'market distortion", kerajaan tingkatkan harga siling ayam 50 sen per kg, pada sama beri bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sejajar dengan pendekatan ini kerajaan tidak akan naikkan harga petroleum terus kepada harga pasaran tanpa subsidi memandangkan impaknya kepad inflasi walaupun harga Ron 95 adalah lebih kurang 50 peratus daripada kos harga sebenar tanpa subsidi," kata Zafrul.

Sementara itu, bagi menampung keperluan tambahan subsidi pada separuh kedua tahun ini, beliau memaklumkan, kerajaan akan menilai semula keberkesanan setiap program subsidi dan insentif.

Juga, menyemak sumber hasil, selain melaksana penjimatan tambahan sepanjang tempoh berkenaan. Subsidi ditanggung kerajaan kini telah meningkat, melebihi RM540 bilion.

Peningkatan jumlah itu bertujuan mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup rakyat ekoran kenaikan harga komoditi dunia.


(Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)

Media Baharu