fb fb fb fb fb

MOTAC galak cadangan lokasi baharu Warisan Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya mengalu-alukan cadangan bagi mengetegahkan lokasi baharu sebagai Warisan Kebangsaan.

Ia bagi memastikan tapak tersebut dapat dipelihara dan dipulihara.

Bagaimanapun, lokasi tersebut perlu memiliki kriteria Akta Warisan kebangsaan yang telah digariskan.

Jelas Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, terdapat sembilan kriteria kebangsaan yang perlu dipenuhi sebelum mewartakan sesebuah tapak sebagai Warisan Negara.

"Ada 9 kriteria kebangsaan yang boleh dipatuhi, perhubungan dengan sejarah, ciri-ciri estetika, pembaharuan pencapaian saintifik, hubungan sosial dan kebudayaan, potenisi mendidik, keunikan wariasannya memohon untuk berdaftar warisan ini tidak kira individu komuniti negeri atau Majlis Daerah, ataupun Kerajaan Persekutuan,"kata Nancy ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kuala Krai, Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman.

 


(Datuk Seri Nancy Shukri menjawab soalan tambahan
daripada Ahli Parlimen Kuala Krai, Tuan Abdul Latiff Abdul Rahman)

Media Baharu