fb fb fb fb fb

Projek ECRL alami kelewatan, berdepan pelbagai kekangan - Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Kerajaan meneruskan semua perancangan pembangunan rel sedia ada meski berdepan kelewatan akibat pelbagai kekangan.

Ini termasuk, Projek Laluan Rel Pantai Timur, ECRL yang asalnya dijangka siap 2024.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.

"Saya ingin menyatakan bahawa kerajaan sekarang meneruskan apa sahaja perancangan sedia ada walaupun kita terlewat, contohnya kita sepatutnya siapkan ECRL pada 2024.

"Kita tidak mendapat kebenaran selama 18 bulan tapi selepas perbincangan sebanyak 37 kali, kita dapat persetujuan dengan kerajaan negeri. Kini, kita sejiwa dengan semua negeri untuk menyiapkan projek ini mengikut waktu yang dirancang walaupun dianjak ke belakang sedikit," kata Wee.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan.

Projek ECRL tersebut dijangka bakal menjimatkan tempoh perjalanan ke Kota Bharu Kelantan sehingga 4 jam berbanding 12 jam semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.

 


(Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong)

Media Baharu