fb fb fb fb fb

Pekhidmat domestik Indonesia: KL-Jakarta sepakat integrasikan sistem pengambilan

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Malaysia dan Indonesia sepakat mengintegrasikan sistem pengambilan pekerja asing yang digunapakai kedua-dua negara.

Tujuannya, menyelaras maklumat pekerja dalam pengkalan data bagi memudahkan pemantauan.

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan berkata usaha mengintegrasi dua sistem tersebut dijangka selesai dalam masa terdekat.

"Mereka cadang guna 'one channel system ' yang sedia ada. Buat masa ini melalui KDN kita guna sistem 'maid online', di mana Indonesi berpendapat mereka tiada pengetahuan pekerja asing daripada Indonesia masuk sebagai pelancong dan akhirnya dikeluarkan permit oleh Malaysia, maka mereka tiada maklumat pekerja mereka masuk ke negara kita maka dengan adanya 'one channel system' daripada Indonesia mereka dapat memantau," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas beliau, tindakan Indonesia menangguhkan sementara penghantaran tenaga kerjanya ke Malaysia mulai 12 Julai lalu disebabkan kekeliruan dalam mekanisme pengambilan PDI.

Berdasarkan MOU yang dimeterai dua negara pada 1 April lalu, tiada syarat untuk memansuhkan sistem sedia ada yang digunakan Jabatan Imigresen Malaysia iaitu Sistem Maid Online (SMO).

Bagaimanapun, Indonesia mahu Sistem One Channel (SOC) dibangunkannya digunapakai untuk memudahkan pemantauan terhadap warganya yang bekerja di Malaysia.


(Foto fail)

Media Baharu